Sahabat.
Perkataan ini berbeza bagi setiap individu kerana setiap orang mempunyai
definisi sahabat yang tersendiri. Ada yang menganggap sahabat sebagai teman
bersusah senang bersama, ada yang menganggap sahabat sebagai orang yang boleh
dipergunakan apabila dalam keadaan memaksa. Namun, lain pula bagiku. Aku tidak
mendefisikan sahabat-sahabatku seperti pendapat orang lain. Bagiku, aku
menganggap sahabat sebagai seorang keluargaku atau lebih jelas lagi sebagai
adik beradikku. Aku tidak menganggap sahabat-sahabatku sebagai teman yang
sementara, namun apa yang di mindaku ialah aku sentiasa menggambarkan mereka
sebagai adik beradikku yang sedarah dan sedagingku seumur hayat dan hingga ke
akhirat. Tetapi, terdapat seorang hambaNya yang tidak dapat aku terimanya
sebagai sahabatku. Mungkin kerana aku terlalu mengharapkan yang lebih darinya
atau dirinya yang tidak dapat diterima olehku kerana lain orang lain perwatakan
diri dan cara kehidupan yang tersendiri.
Kisahnya
bermula apabila aku berumur 13 tahun pada ketika itu. Aku mengengali Razli pada
hari pertama persekolahan pada tahun itu. Kami mula berkenalan pada mulanya dan
kami menjadi akrab selepas itu. Kami seperti kawan karib yang lama walaupun
kami baru sahaja berkenalan. Kami duduk bersebelahan, dan kami juga sekelas.
Setiap hari kami mempunyai topik-topik yang menarik untuk dibincangkan bersama
dan setiap hari topik perbualan kami berlainan. Segala kerja sekolah juga kami
bersama selesaikan. Setiap petang kami beriadah bersama tanpa berasa jemu. Pada
ketika itu, aku telah menganggap Razli seorang sahabat sehidup sematiku dan
sahabat susah senangku. Begitu juga pendapat Razli. Sahabat-sahabatku yang lain
aku layan seperti biasa tetapi Razli aku layankan istimewa seperti
perkara-perkara yang sulit aku ceritakan kepadanya dan begitu juga Razli. Kami
kongsi masalah kami bersama dan selesaikannya bersama. Persahabatan kami pada ketika
itu tiada sebarang batasan kerana kami tonjolkan diri kami sepenuhnya dan kami
terima perangai dan ragam masing-masing.
Namun,
segalanya berubah apabila tibanya orang ketiga. Ketika kami berumur 14 tahun,
seorang pelajar baharu berpindah kesekolah kami dan dimasukkan ke kelas kami.
Hareez duduk di belakang meja kami dan kami berkenalan dan tak lama kemudian
kami menjadi akrab dengannya. Segala aktiviti aku dan Razli, Hareez dapat
terima dengan setulius hatinya dan kami juga dapat terima Hareez sepenuh hati
kami. Kian hari kami bertiga kian rapat dan semakin rancak persahabatan kami
sehinggakan kami dicemburui orang lain yang mahukan persahabatan yang akrab
seperti kami. Namun, persepsi itu tidak lagi menjadi tumpuan orang lain apabila
berlakunya perkara yang tidak dapat dielakkan oleh kami. Pada hari biasa yang
aman dan damai di dalam kelas, sedang rancak aku berborak dengan rakanku Huzai,
Razli dengan secara tiba-tiba menolak diriku dan terus memaki hamunku tanpa
sebarang sebab munasabah. Katanya, aku adalah seorang talam dua muka kerana aku
bercerita buruk tentangnya pada orang lain. Aku tergamam seketika begitu juga
Huzai. Seumur hidupku, aku tidak pernah memburukkan orang lain apatah lagi
bercerita buruk di belakang sahabat-sahabatku. Aku dengan tegasnya menafikan
tuduhan Razli kerana sejujurnya aku tidak pernah sesekali bercerita buruk
tentangnya pada orang lain. Tambahan pula, segala rahsianya ku simpan rapi
dalam diriku agar tidak dicerobohi oleh orang lain. Razli kemudiannya
mengeluarkan perkataan yang mampu melukakan hati seorang sahabat. Razli
tergamak mengeluarkan perkataan 'kita bukan kawan lagi!' terhadapku. Razli
terus beredar tanpa sebarang kata-kata dan aku terduduk memikirkan dimanakah
salahku.
Sejurus
kejadian itu berlaku, aku segera mencari Hareez dan memberitahunya tentang
perkara itu. Hareez juga tidak menyangka bahawa sanggup Razli melakukan
demikian terhadapku. Hareez memujuk hatiku agar bersabar atas apa yang telah
berjadi. Hareez betul-betul tidak sangka bahawa Razli sanggup melakukan
demikian. Selang beberapa hari kemudian, Razli kini berseorangan dan tidak
mempunyai kawan karib yang baharu setelah dia membuang aku dari hidupnya. Kini
aku dan Hareez sahaja yang tinggal dalam persahabatan ini dan kami tidak
menjadikan tindakan Razli yang terburu-buru itu sebagai halangan kami untuk
terus berkawan seperti biasa. Kami berdua sering melihat Razli mencuri-curi
pandang dengan keakraban kami berdua dan kami bagaikan tidak berasa bersalah
dengannya. Hareez juga kelihatan lain daripada hari hari yang sebelumnya,
kerana aku tidak pernah melihat Hareez begitu menonjol diri sebenarnya sebelum
ini. Aku tidak mengendahkan pertukaran perwatakannya kerana ianya tidak
mendatangkan sebab-sebab yang tidak diingini bakal berlaku kepadaku. Tetapi,
lama kelamaan, persahabatan kami menjadi renggang hari demi hari. Ianya
membuatkan aku kurang selesa dengan persahabatan ini. Mungkin kerana tiada yang
mengisi ruang kekosongan yang sebelum ini penuh tanpa rasa jemu. Segala
perbualan antara aku dan Hareez adalah topik bualan yang sama hampir setiap
hari dan aku makin jemu dengan topik-topik yang sering dibangkitkan.
Kerja-kerja sekolah kami diselesaikan sendiri tanpa berbincang bersama. Aku
mula berasa rindu pada persahabatan kami yang lalu, persahabatan yang cukup
sempurna bagiku. Pada waktu malam yang dingin, aku secara tiba-tiba terfikir
sedetik, aku terfikir bahawa aku merasakan sesuatu yang tidak kena dengan
kejadian Razli dan aku tempoh hari. Aku merasakan bahawa perselisihan faham
antara aku dan Razli mungkin boleh diselesaikan dengan cara baik. Mungkin aku
yang patut menjelaskan secara terperinci dan lemah lembut diketika kejadian itu
berlaku.
Keesokkan
harinya, aku memberanikan diri untuk bersemuka dengan Razli sejurus sebelum
waktu pertama pada pagi persekolahan tersebut. Ayat pertama yang keluar dari
mulutku adalah permohonan maafku terhadapnya atas kelakuanku dan tindakkanku
pada kejadian lalu. Razli pada mulanya tidak mengendahkan permohonan maafku,
namun setelah aku memenceritakan perkara yang sebenar secara terperinci dan
secara lemah lembut, Razli mula menunjukkan minatnya atas perbualanku. Dia mula
bercakap denganku tentang mengapa aku tidak berkata sedemikian pada ketika itu
dan seterusnya dia memaafkanku dan Razli juga meminta maaf kepadaku atas
tindakkannya yang terburu-buru menuduh melulu terhadapku. Hubungan kami kian
pulih dan kami bertiga kembali seperti biasa. Namun, gerak hatiku masih
memikirkan tentang kejadian yang tanpa angin tanpa ribut itu berlaku. Aku mula
menyiasat perkara itu selanjutnya dengan dimulakan bertanya pada Razli bahawa
bagaimana dia boleh mendapat berita yang sedemikian. Razli menjawab bahawa dia
mendapat khabar angin tersebut melalui gosip-gosip yang telah dihebahkan satu
sekolah dan orang yang memberitahu kepadanya ialah Aisyah. Sejurus dengan itu,
Aku merujuk Aisyah untuk mendapatkan informasi lanjut. Aku mula menujukan
pertanyaanku kepada Aisyah dengan khabar angin yang telah disebarkan olehnya.
Aku menceritakan hal yang sebenar dan Aisyah serta merta memohon maaf
terhadapku dan mengirimkan maafnya kepada Razli. Apa yang Aisyah sampaikan lagi
kepadaku sangat mengejutkan diriku, iaitu dia telah menerima khabar angin itu
dari Hareez. Aku tergamam sebentar. Dalam pemikiranku, apakah kaitan Hareez dalam
kisah yang tidak masuk akal ini? Apakah motif Hareez melakukan sedemikian?
Dengan rasionalnya, aku tidak bertindak secara terburu-buru dan aku
menceritakan berita ini kepada Razli.
Razli juga
turut terkejut menerima informasi yang sangat luar pemikiran manusia. Dia juga
menujukan persoalan yang sama seperti persoalan yang aku tertanya-tanya. Kami
mula memikirkan sesuatu cara untuk memastikan perkara ini sahih dan akhirnya
kami temu dengan satu cara yang mampu membuktikan kesahihan berita ini. Jika
betullah Hareez adalah dalang pada kejadian lalu, maka betulah Hareez pasti ada
motif yang kurang baik terhadap hubungan kami. Dan jika berita ini tidak sahih,
maka ada sesuatu yang tidak kena dengan cerita Aisyah dan Aisyah berkemungkinan
besar menjadi saspek kami seterusnya. Pada keesokkan harinya, aku dan Razli
menjalani rutin harian kami seperti biasa bersama-sama Hareez. Kami cuba
selindung tentang berita yang kami terima daripada Hareez. Pada waktu rehat,
kami mulakan operasi mensahihkan kebenaran berita daripada Aisyah. Kami
memulakan operasi tersebut dengan secara licik dan halus, kami dengan sengaja
membawa Hareez ke tempat kejadian, iaitu di tempat di mana aku dan Hareez
berkelahi. Kami mula berborak tentang perkara itu dan lama kelamaan, Hareez kelihatan
kurang tenang dengan perbualan kami dan mengajak untuk beredar dari situ.
Dengan segera, kami mula tujukan pertanyaan yang sangat rawak dan juga agak
memerangkap jika dia mudah untuk 'terjerat' dengan pertanyaan tersebut.
Pertanyaan yang ditujukan kepada Hareez berbunyi "Hareez, kau rasa apa
punca khabar angin kejadian yang lalu itu?". Jawabnya, "Entahlah,
mungkin ada yang cemburu dengan keakraban kamu berdua?". Ulasnya lagi,
"Dahlah kamu berdua, tak usah fikirkan perkara yang sudah terjadi, apa yang
lepas biarkan ia lepas, jadikan ia sebagai suatu pengajaran.". Aku dan
Razli mula mengesyakki sesuatu yang tidak sepadan. Hareez kelihatan begitu
cemas ketika aku tujukan pertanyaan tersebut dan tidak menahan sabar untuk
beredar dengan segera serta menukar topik bualan tanpa segan silu. Kemudian,
Razli menujukan pertanyaan 'maut' yang mampu membuatkan Hareez mengaku jika dia
betul-betul bersalah dalam kejadian lalu. Pertanyaannya berbunyi "Hareez,
kau ada dengar khabar angin baharu tak? aku dengar bahawa kaulah yang
menyebarkan khabar angin tersebut kepada khalayak pelajar-pelajar di sekolah
kita.". Pada waktu itu, sunyi sepi keadaan di situ buat sementara. Hareez
kelihatan gugup untuk menjawab pertanyaan Razli dan Hareez cuba untuk menepis
pertanyaan tersebut dengan menukar topik bualan yang lain tetapi gagal atas
sebab kami tidak membenarkan dia membuat sedemikian. Aku dan Razli memaksa
Hareez untuk jawab sejujurnya dan akhirnya, kata-kata yang keluar dari mulutnya
tidak boleh kami terima, kerana betulah dia menjadi dalang menyebarkan berita
palsu tersebut. Dia menyambung lagi bahawa dia mencemburui keakraban kami pada
waktu kemasukkannya ke sekolah dan dia berhasrat untuk merosakkan hubungan kami
pada hari pertama lagi. Tambahnya pula, dia memang tidak suka melihat
persahabatan yang sungguh akrab didepan matanya kerana ianya mengungkit kembali
kisah silamnya. Alangkah kecewanya kami di ketika itu, tanpa kami membuat
sebarang tindakan yang mampu mendatangkan sebarang kejadian yang tidak
diingini, aku dan Razli terpaksa mengeluarkan perkataan yang pernah Razli
keluarkan kepadaku di waktu kejadian lalu berlaku. Secara terus terang, kami
berkata "Kau bukan lagi kawan kami.". Kami beredar dari ditu dan kami
membiarkan Hareez berseorangan disitu, mengenang perkara buruk yang telah dia
lakukan.
Setelah
beberapa minggu telah berlalu, persahabatan aku dan Razli adalah akrab seperti
biasa dan sedetik pun tidak kami pedulikan tentang Hareez. Kami sering melihat
dia keseorangan dan tiada yang mahu rapat dengannya setelah berita sebenar
tentang kejadian antara aku dan Razli tersebar meluas di sekolahku. Aku juga
menerima berita tentang Hareez ketika di sekolah lamanya oleh Aisyah yang turut
selidik lebih lanjut tentang Hareez. Khabarnya bahawa Hareez melakukan perkara
yang sama dengan rakannya di sekolah lamanya. Aku berasa tidak hairan mendengar
perkara tersebut selepas apa yang menimpa aku dan Razli. Dengan apa yang
berlaku, cukuplah kami menyimpulkannya dan membuatkannya sebagai pengajaran
kepada kami agar tidak akan mencemburui perkara yang bukan milik dan hak kita
untuk dicemburui. Kita seharusnya terima dengan apa yang kita miliki. Cukuplah
aku mempunyai sahabat karib seperti Razli yang cukup memahamiku dan aku juga
memahaminya. Jelaslah, bahawa erti sahabat itu berbeza dikalangan manusia. Ada
yang ikhlas dalam persahabatan, ada yang mempergunakan persahabatan mereka demi
kepentingan sendiri, namun, yang paling teruk, ada yang sanggup merosakkan
persahabatan orang lain secara licik tanpa sebab yang munasabah.
No comments:
Post a Comment